| Isu Palestin | 16/5/09 |
|
|
|
|
Kerajaan Palestin menjelaskan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat mingguannya pada petang Selasa (5/5) bahawa ia mengutuk pengeboman berturut-turut yang dilancarkan oleh pasukan tentera Zionis melalui kapal-kapal perang dan meriam mereka hampir setiap hari terhadap Semenanjung Gaza dan juga operasi penyusupan berterusan yang dilakukan di bandar dan perkampungan Tebing Barat. Dalam masa yang sama, kerajaan Palestin memberi amaran bahawa tindak balas dalam pelbagai bentuk mungkin akan berlaku terhadap pencerobohan tersebut.Kerajaan Palestin juga memberi amaran terhadap operasi pengyahudian secara besar-besaran yang dilakukan pasukan tentera Zionis terhadap bandar al-Quds dan percubaan meruntuhkan Masjid al-Aqsa. Dalam perkembangan yang sama, ia menyeru bangsa Arab dan umat Islam agar mengambil pendirian jelas dan tindakan yang praktikal demi memelihara tempat-tempat suci Islam daripada terus diyahudikan. Sementara itu, sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan pada hari Rabu bahawa 5 rakyat Palestin cedera dalam 2 serangan udara F-16 Israel di kawasan sempadan Rafah-Mesir yang dikatakan kawasan berterowong digunakan untuk membawa bahan-bahan makanan dan senjata ke Gaza. Tentera Israel menjalankan operasi pengeboman sejak 5 hari lepas dan mendakwa pejuang Palestin melancarkan tembakan mortar ke kawasan Ashkelon.Gerakan Hamas menafi keras tuduhan ZIonis-Israel yang menyebutkan Hamas meletakkan pejuangnya di sempadan bagi menghalang roket-roket yang dilepaskan ke arah Israel. Dr Ismail Ridwan, menyatakan segalah tuduhan itu palsu. Tuduhan itu jelas bagi menampakkan seolah-olah Hamas tunduk kepada Zionis-Israel. Dia menegaskan Hamas tidak akan menjadi pelindung Zionis-Israel. Pertemuan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin hanya membincangkan hubungan sesama mereka dan bukan bersetuju untuk menamatkan serangan ke arah Zionis.Sementara itu, Syeikh Ra’id Solah, ketua ‘al-Harakah al-Islamiyyah’ di Palestin yang terjajah, membongkar satu tragedi baru yang sedang disempurnakan oleh 5 buah kementerian Zionis yang aparteid itu, dan yang menjadikan bandar al-Quds sebagai sasaran.Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di perkhemahan Umm Kamil pada hari Khamis (7/5) di kampung al-Syeikh Jarrah, bandar al-Quds yang terjajah dan sedang diancam akan diruntuhkan itu: “Terdapat perancangan Zionis meluas yang sedang diperkukuhkan siri-sirinya bagi memukul binaan kemasyarakatan dan menyahudikan suatu kawasan bermula dari kampung al-Syeikh Jarrah hingga ke lembah al-Jauz dan al-Suwanah yang dinamakan sebagai ‘kolam suci’ bagi mengepung kawasan lama bandar tersebut. Sebagaimana turut sedang berjalan peluasan 32 kawasan utama yang dirampas daripada masjid al-Aqsa bagi menguasainya.” Beliau juga mendedahkan bahawa majlis perbandaran Zionis akhir-akhir ini mula melakukan pengukuran kejuruteraan semula bagi semua rumah di al-Quds bagi mengenal pasti mana-mana penambahan binaan bagi mengeluarkan arahan agar tambahan atau keseluruhan bangunan diruntuhkan, sambil menyifatkan bilangan rumah yang mahu dimusnahkan oleh pihak perbandaran sebagai ‘menakutkan’. Lagi terbaru, radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan yang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan mengetuai delegasi ke Resort Mesir, Sharm Al Sheikh pada hari Isnin ini bagi bertemu Presiden Mesir, Hosni Mubarak.Radio itu berkata ini merupakan lawatan rasmi pertama Netanyahu selepas beliau mengambil pejabat Perdana Menteri Israel. Sumber Israel itu juga menambah Menteri Kemudahan & Infrastruktur Israel, Benjamin Ben-Eliezer, dan ketua Pusat Keselamatan Kebangsaan , Uzi Arad juga akan mengiringi Netanyahu.Sementara itu, ucapan lantang dan penuh semangat dari salah seorang pemimpin Hamas, Dr. Mahmod Zehar, menegaskan bahawa satu barisan Palestin yang menyatukan kumpulan pejuan Palestin hampir siap ditubuhkan dalam rangka menentang Zionis-Israel dan memerdekan Palestin. Dalam satu konferens, Hamas serta kumpulan pejuang lain memperbaharui janjinya kepada Allah, kepada rakyat Palestin bahawa mereka tidak akan menyimpang dari objektif membebaskan Palestin meskipun terpaksa mengorbankan anak dan keluarga. Beliau menambah, al-Quds adalah ibukota masa depan dan lambang kehormatan umat. Jika al-Quds terbebas, maka umat Islam akan terbebas daripada segala belenggu. Al-Quds bukan sahaja kiblat pertama, namun kiblat politik pertama yang akan dikibarkan dengan bendera kebenaran. “Siapapun yang ingin berunding, silakan. Siapa yang ingin menjual Palestin, silakan. Namun kami akan membeli surga, harga diri, kehormatan dengan darah kami, darah anak-anak kami, dan kami yakin pintu penjara akan dibuka sampai semua tahanan akan keluar dari sana dengan harga diri tinggi,” lantang Zehar dengan penuh keyakinan. Lagi isu yang mengeruhkan lagi keadaan bumi Palestin. Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan pembentukan kerajaan baru Palestin di Ramallah sama seperti meletakkan periuk api di hadapan dialog nasional Palestin yang diadakan di Kaherah, sambil bertegas bahawa pembentukan itu mempamerkan perkembangan yang amat merbahaya. Beliau berkata semasa menyampaikan ucapan pada petang Selasa (12/5) di hadapan perhimpunan terbuka pertama bagi kerajaan Palestin selepas perang Zionis terakhir: “Kedegilan beberapa pemimpin terhadap sesuatu pendirian seperti pembentukan kerajaan baru di Ramallah menunjukkan kejahilan politik mereka dalam menyusun keutamaan.” Beliau menambah: “Kita menjangkakan akan berlaku pengenduran beberapa halangan sebelum memulakan fasa dialog yang baru, bukan perbuatan meletakkan periuk api di hadapannya.” Seterusnya beliau menambah: “Pembentukan kerajaan baru Palestin mempamerkan perkembangan yang merbahaya dan akan menyebabkan dialog Palestin yang diadakan di bawah tajaan Mesir menemui jalan buntu.” Lagi perkembangan Briged al-Qassam, Fawzi Barhoum, jurucakap HAMAS menegaskan bahawa Briged al-Qassam iaitu sayap tentera bagi HAMAS bekerja bertungkus lumus siang dan malam bagi mengosongkan penjara Zionis daripada kesemua tahanan, dan bertegas bahawa rundinganlah yang menyebabkan isu tawanan, bandar al-Quds dan pelarian tidak dihiraukan lagi. Beliau berkata demikian semasa menerima sambutan besar-besaran di perkampungan al-Tuffah, bandar Gaza iaitu bandar berasalnya Muhammad Kamal al-Aayi seorang tawanan yang dibebaskan oleh penjajah pada Rabu (13/5) setelah ditahan selama 17 tahun. Rundinganlah yang menggelapkan isu tawanan, bandar al-Quds dan orang pelarian. Beliau seterusnya menegaskan pihak pejuang terutamanya Briged al-Qassam akan mengembalikan semua tahanan kepada keluarga mereka dengan izin Allah melalui penculikan lebih ramai tentera zionis. Pemimpin itu juga menegaskan HAMAS tidak akan menyerah kalah sehinggalah janji ini terlaksana dan segala hak rakyat Palestin dikembalikan. Sementara itu, terdapat sumber media Palestin yang menyatakan beberapa pimpinan Fatah yang menolak untuk berada bersama kerajaan baru yang akan dibentuk oleh Mahmud Abbas dan diketuai oleh Salam Fayyad. Barisan kerajaan Fayyad terdiri daripada beberapa figur dari Fatah dan daripada fraksi-fraksi PLO.Parti Rakyat Palestin dan Gerakan Bebas Palestin menolak untuk bergabung dengan kerajaan yang bakal dibentuk kerana kerajaan yang bakal dibentuk tidak mampu menyelesaikan masalah utama Palestin dan perpecahan di Gaza dan Tebing Barat. Selain itu, usaha dialog antara Hamas dan Fatah yang masih berlanjutan menyebabkan mereka menarik diri untuk bergabung pada kerajaan baru. Bagi Parti Rakyat Palestin pula, mereka menyifatkan kerajaan baru ini tidak akan menyelesaikan masalah rakyat Palestin secara menyeluruh. Keyakinan untuk menjuarai permasalahan rakyat amat jauh sekali.Dr Ahmed Bahar, penutur pemangku bagi badan legislatif Palestin, semalam mengesahkan kerajaan Palestin yang terbentuk tanpa memenangi keyakinan PLC adalah tidak sah. Bahar sewaktu berucap di satu sesi pengenalan istimewa PLC pada kehancuran bagi PLC premis di Gaza berkata, kerajaan Salam Fayyad tidak sah mengikut perlembagaan. Beliau yang turut menyokong kesinambungan bagi inter-Palestinian dialog itu, demi menggabungkan pangkat, mencabut pengepungan, pencerobohan, dan membina semula Gaza jauh dari perintah asing. Penutur pemangku itu turut mengecam perkakasan PA di tebing barat yang dibawa untuk mendakwa pejuang-pejuang penentang.
Sumber: palestinkini.info
|
Pautan
Sahabat KARISMA






