|
Akhwat Ikhwah Donation Drive (AIDD) |
|
|
Akhwat Ikhwah Donation Drive (AIDD) |
|
Permohonan hendaklah dibuat melalui JK Kebajikan KARISMA Negeri / Daerah ataupun terus kepada JK Kebajikan KNL. Sokongan atau rujukan akan dibuat melalui Ameer/ah KARISMA Negeri / Daerah jika perlu. Sumbangan akan disampaikan kepada penerima melalui JK Kebajikan KARISMA Negeri/ Daerah atau terus melalui JK Kebajikan KNL selepas sumbangan tersebut diluluskan dalam mesyuarat JK Kebajikan KNL |
|
|
Syarat-syarat Kelayakan Penerima Bantuan AIDD |
|
|
|
|
Syarat-syarat kelayakkan penerima sumbangan wang ihsan AIDD: Merupakan ahli KARISMA ketika kejadian berlaku. Sumbangan AIDD hanya meliputi kebajikan untuk ahli KARISMA dan/ atau ahli keluarga primer kepada ahli KARISMA. Mempunyai latar belakang keluarga yang kurang mampu atau sederhana. Tidak mendapat sebarang bantuan kewangan dari pihak lain. Jenis musibah yang dialami adalah: Kematian disebabkan kemalangan / penyakit kritikal. Kemalangan jalanraya atau sebarang kecederaan / penyakit kritikal yang memerlukan rawatan hospital. Penyakit kritikal. Contohnya strok/angin ahmar, serangan sakit jantung, penyakit arteri yang memerlukan pembedahan, lain-lain penyakit arteri koronari yang serius, Arterektomi koronari, koma, penyakit radang otak, Meningitis bacteria, kerosakan buah pinggang/ ginjal, penyakit sista medulla, Lupus erythematosus dengan Lupus nephritis, Penyakit hati/heper kronik, lumpuh/Paraplegia, pembedahan otak dan lain-lain penyakit kritikal. Ragut / kecurian / rompakan. Kerosakan harta benda akibat bencana alam / kebakaran / banjir. Walaubagaianapun, sumbangan AIDD akan diberikan dalam bentuk wang saguhati kepada mana-mana ahli KARISMA yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas tertakluk kepada polisi Jawatankuasa Kebajikan Karisma Nasional. |
|
Jenis Musibah | Ciri-ciri Manfaat | Jumlah Perlindungan | Kematian akibat kemalangan / penyakit kritikal. | Wang ihsan akan diberikan kepada waris ahli keluarga. Perlindungan meliputi ahli. | Wang ihsan sebanyak RM 200 | Kos kemasukan ke hospital akibat kemalangan/ penyakit kritikal. | Kos dibayar bagi setiap hari kemasukan ke hospital akibat kemalangan / penyakit kekal. | *20% daripada jumlah elaun yang perlu dibayar. | Perbelanjaan perubatan akibat kemalangan / penyakit kritikal | Jumlah tunai bagi kos perbelanjaan perubatan dan hospital disebabkan kemalangan dan penyakit kritikal. Wang ihsan akan diberikan kepada ahli keluarga primer untuk perbelanjaan perubatan akibat kemalangan / penyakit kritikal. | *20% daripada jumlah kos perubatan yang perlu dibayar.
Wang ihsan sebanyak RM 200 | Ragut / kecurian / rompakan | Jumlah tunai bagi kehilangan wang, barangan peribadi dan barang kemas. | *20% daripada jumlah kerugian. | Kerosakan harta benda akibat bencana alam / kebakaran / banjir | Jumlah tunai akan diberikan bagi kerosakan harta benda. | *20% daripada jumlah kerosakan. |
*Jumlah sumbangan bergantung kepada jumlah kutipan yang telah dibuat serta melibatkan syura daripada JK Kebajikan KNL dengan melihat aspek-aspek lain mengenai musibah dan penerima sumbangan.
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 2 |